Terma Pemulangan Barang dan Refund

Kami memohon maaf kepada anda sekiranya terdapat sebarang masalah berkait produk disebalik usaha kami memastikan kualiti di Inspirasi Hana terjamin. Sekiranya hal ini berlaku, anda boleh merujuk terma kami ini:

PEMULANGAN BARANG

  1. Sekiranya kesilapan produk berlaku disebabkan oleh pihak kami seperti produk rosak sebelum sampai atau salah hantar produk maka pelanggan berhak memulangkan produk dan mendapat gantian produk yang baru.
  2. Pelanggan perlu memastikan produk yang dipulangkan masih dalam keadaan baik dan di pulangkan bersama bungkusannya (plastik bungkusan berjenama Inspirasi Hana)
  3. Pemulangan perlu dibuat dalam tempoh 3 hari dari tarikh terima produk
  4. Produk hendaklah di pulangkan ke alamat yang berikut:
    No 27, Persiaran Klebang Bistari,
    Kawasan Perindustrian Bistari,
    31200 Chemor, Perak
  5. Pihak pelanggan boleh berhubung dengan Cik Aisyah bagi sebarang pemulangan 6011-63822494

REFUND ATAU PEMBAYARAN SEMULA DUIT

  1. Sekiranya produk yang ditempah diweb ini tiada maka tempahan akan dikira batal. Pihak kami akan menghubungi pihak tuan/puan untuk memaklumkan perkara berikut. Pihak tuan/puan boleh memilih produk yang lain atau boleh meminta untuk pemulangan duit semula ke akaun tuan/puan.
Shopping Cart