Terma dan Syarat Pembelian

Terma dan Syarat Pembelian
Para pelanggan yang dihormati dan dihargai, anda dinasihatkan memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang pesanan atau pembelian produk dari Inspirasihana.my

1. Semua produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kecuaian dari pihak kami atau berlaku kerosakan produk sebelum sampai ke pelanggan
2. Barang yang mempunyai masalah boleh dipulangkan kembali kepada kami dalam tempoh 3 hari dari tarikh terima barang. Sila pulangkan produk ke alamat berikut:
No 27, Persiaran Klebang Bistari,
Kawasan Perindustrian Bistari,
31200 Chemor, Perak

2. Semua urus niaga di Malaysia adalah dalam Ringgit Malaysia sahaja.
3. Jika membeli secara online , pastikan nama, alamat, poskod dan kuantiti diisi dengan betul pada borang. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang anda berikan ketika mengisi borang pesanan.
4. Selepas pembayaran dibuat, pelanggan tidak dibenarkan membatalkan sebarang pesanan yang telah dibuat.
5. Semua barang adalah dijamin sepenuhnya berada dalam keadaan baik sebelum dipos oleh pihak kami. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan produk atas apa jua sebab semasa proses penghantaran oleh Pihak Perkhidmatan Kurier.
6. Kami memerlukan 1 hingga 3 hari waktu bekerja (untuk kawasan Sabah danSarawak, 3 hingga 5 hari masa bekerja diperlukan) untuk memproses tempahan pelanggan.
7. Sekiranya berlaku dimana ketiadaan stok produk selepas membuatpembayaran, maka kami berhak dalam memberi pilihan kepada pelanggan kamisamada:
· Menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru
. Demi menjaga integriti dan kredibiliti kami sebagai HQ, kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan dari pelanggan
8. Sila pastikan alamat yang diberikan adalah wujud dan sah juga ada orang yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, pelanggan dikehendaki menuntut barang di pejabat Perkhidmatan Kurier yang berkaitan.
9. Sekiranya pembayaran lebih dibuat, baki wang akan dipulangkan semula melalui transfer ke akaun secara online dan akan dimaklumkan.
10. Semua Terma & Syarat diatas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh berubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan perlu menyemak Terma & Syarat ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.

      Shopping Cart