Privacy Policy

PENDAHULUAN

INSPIRASIHANA melihat tanggungjawab untuk melindungi Data Peribadi anda dan pematuhan Undang-undang Berkaitan adalah penting. Kami akan berusaha untuk mengendali, melindungi dan memproses Data Peribadi yang telah dikumpul melalui web kami.

Sila baca dan kaji polisi ini, dimana anda akan dimaklumkan tentang bagaimana kami mengumpul, mengguna, memproses, dan mendedahkan Data Peribadi anda. Kami juga mungkin mengumpul dan memproses Data Peribadi anda di bawah mana-mana pengecualian kepada Undang-undang Berkaitan, yang tidak dinyatakan dalam Dasar ini. Kami percaya bahawa Dasar ini akan membantu anda membuat keputusan secara maklum sama ada untuk memberi kami mana-mana Data Peribadi anda.
Bagi tujuan memahami polisi ini, perkataan-perkataan yang ditakrifkan dan digunakan dalam Dasar ini mempunyai maksud-maksud berikut:

  1. Undang-undang Berkaitan” bermaksud Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 dan undang-undang subsidiari dan peraturan-peraturannya seperti yang dipinda dari semasa ke semasa;
  2. Aplikasi” bermaksud aplikasi mudah alih INSPIRASIHANA di iOS dan Android;
  3. Data Peribadi” bermaksud mana-mana data, sama ada benar atau tidak, yang (a) mengenai seorang individu yang boleh dikenal pasti (i) daripada data tersebut; atau (ii) daripada data tersebut dan maklumat lain yang kami punyai atau mungkin mempunyai akses kepada dan termasuk data dalam rekod kami yang dikemaskini dari semasa ke semasa, atau (b) ditakrifkan sebagai “data peribadi” atau “maklumat peribadi” di bawah mana-mana Undang-undang Perlindungan Data yang berkaitan.
  4. Platform” bermaksud secara kolektif, Aplikasi, Media Sosial, dan Laman Web INSPIRASIHANA, dan mana-mana laman web atau aplikasi lain yang mungkin dimiliki atau dikendalikan oleh kami dari semasa ke semasa;
  5. Media Sosial” bermaksud halaman dan akaun INSPIRASIHANA di platform media sosial pihak ketiga seperti Instagram, Facebook, Twitter, Pinterest dan YouTube;
  6. Laman Web” bermaksud laman web INSPIRASIHANA yang diakses melalui alamat berikut inspirasihana.my; dan
  7. INSPIRASIHANA, kami” bermaksud Inspirasi Hana Sdn Bhd

Sepanjang hubungan kami dengan anda, kami mungkin mengumpul Data Peribadi daripada anda. Contoh-contoh jenis Data Peribadi yang kami mungkin kumpul termasuk nama anda, butiran hubungan, alamat surat-menyurat dan penghantaran, alamat e-mel, tarikh hari jadi, data rangkaian dan peranti (termasuk alamat IP dan peranti atau pengecam pengiklanan anda), tingkah laku anda semasa membeli-belah atau melayari internet, rakaman suara (untuk panggilan khidmat pelanggan) dan mana-mana maklumat peribadi lain yang telah anda berikan kepada kami dalam mana-mana borang yang dikemukakan oleh anda, atau melalui mana-mana bentuk interaksi lain antara anda dengan kami.
Jika anda memberi kami Data Peribadi yang berkenaan dengan pihak ketiga dengan menghantar Data Peribadi tersebut kepada kami, anda memberi representasi kepada kami bahawa anda telah mendapat kebenaran pihak ketiga tersebut untuk memberi Data Peribadi mereka kepada kami untuk tujuan-tujuan yang berkenaan.
Dengan (1) menekan “Ya” pada pop-up Dasar ini atau mana-mana borang web yang merujuk kepada Dasar ini melalui mana-mana platform atas talian kami, (2) menyerahkan Data Peribadi anda kepada kami semasa mendaftar untuk sebuah akaun pada Laman Web, (3) melayari Laman Web kami, atau Applikasi (4) memesan mana-mana produk dan perkhidmatan kami, (5) menyerahkan Data Peribadi kepada kami apabila anda menyertai mana mana peraduan yang dianjurkan di platform kami atau (6) anda mendaftar Program Affiliate Influencer Komuniti Program atau mana mana program lain yang dianjurkan oleh INSPIRASIHANA. Kami mungkin mengemaskini Dasar ini untuk memastikan Dasar ini konsisten dengan perkembangan industri dan/atau sebarang perubahan dalam keperluan undang-undang atau peraturan. Tarikh berkuatkuasa akan dipaparkan pada awalan bahagian Dasar ini. Anda bersetuju untuk terikat dengan terma-terma Dasar yang telah dikemaskini dari semasa ke semasa.

KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT

Kami mengumpul Data Peribadi daripada anda semasa:
a. Anda mendaftarkan akaun melalui Laman Web atau Aplikasi;
b. Anda menggunakan mana-mana perkhidmatan berkaitan kami, seperti memilih untuk melanggani atau menerima newsletter kami, notifikasi produk kami;
c. Anda melayari produk dan perkhidmatan kami atau berinteraksi dengan Laman Web dan Aplikasi kami;
d. Anda mengaktifkan atau menggunakan pembayaran yang tersedia ada di Laman Web dan Aplikasi kami atau servis yang disediakan dari pihak ketiga.
e. Anda mendaftar Program Affiliate Influencer Komuniti Program atau mana mana program lain yang dianjurkan oleh INSPIRASIHANA.
f. Anda menggunakan sebarang servis yang berkaitan dengan INSPIRASIHANA termasuk langganan “ Newsletter” atau kemaskini mengenai produk.
g. Anda melayari produk atau servis kami dengan menggunakan platform kami.
h. Anda menerima cookies kami dalam peranti anda.
i. Anda berinteraksi dengan pelanggan perkhidmatan kami atau wakil kami yang lain seperti chatbot, aplikasi chat, platform pesanan ringkas, webform, e-mail. Panggilan telefon , panggilan video, surat menyurat atau perjumpaan berdepan atau anda menyertai mana mana acara yang dianjurkan dari INSPIRASIHANA.
j. Anda berinteraksi dengan kami dalam Media Sosial, seperti menekan butang suka pada paparan kami, memberi komen pada paparan kami, menghantar mesej peribadi kepada kami dalam Media Sosial
k. Anda berinteraksi dengan kami melalui saluran livestream seperti menekan butang suka pada paparan kami, memberi komen pada paparan kami.
l. Anda menyertai promosi, cabutan bertuah, inisiatif atau sebarang permintaan kami untuk Data Peribadi tambahan seperti soal selidik pelanggan.
m. Kami menerima rujukan daripada rakan kongsi perniagaan dan pihak ketiga, contohnya, apabila mereka merujuk anda kepada kami untuk menikmati manfaat promosi bersama atau kerjasama atau untuk menebus baucar yang anda membeli melalui mereka.
n. Anda atau wakil yang diberi kuasa untuk menyerahkan Data Peribadi anda kepada kami dengan tujuan notis pelanggaran harta intelek.
o. Wakil yang diberi kuasa oleh anda menghantar Data Peribadi anda kepada kami untuk mana-mana tujuan yang diberi kuasa oleh anda secara munasabah, contohnya jika wakil tersebut membeli produk atau perkhidmatan kami untuk dihantar kepada anda sebagai hadiah;
p. Penganalisis dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga lain kami yang membekalkan Data Peribadi anda kepada kami, yang dikumpul dan diproses oleh mereka dan didedahkan kepada kami menurut dasar privasi mereka masing-masing; atau
q. Anda secara sukarela menyerahkan Data Peribadi anda kepada kami di atas apa jua sebab tertentu.

Sepanjang penggunaan anda di atas platform kami dan peruntukan produk dan servis kami, anda bersetuju bahawa anda memberikan persetujuan untuk menyerahkan Data Peribadi anda kepada kami atau kepada pihak ketiga dengan tujuan menyelaraskan Polisi Peribadi atau mana mana istilah yang disediakan oleh pihak ketiga dan/atau affiliate. Butiran kad kredit anda mungkin akan dikumpul, diproses and disimpan secara terus oleh servis pembayaran pihak ketiga bersesuaian dengan terma dan polisi privasi. Kami juga mungkin mengumpul butiran bank akaun dengan tujuan memproses bayaran balik. Kami juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda dalam keadaan di mana pengumpulan tersebut tidak memerlukan kebenaran di bawah Undang-undang Berkaitan.
Sila memastikan bahawa semua Data Peribadi yang dihantar kepada kami adalah lengkap, tepat, benar dan betul. Kegagalan untuk berbuat demikian mungkin menyebabkan ketidakbolehan kami untuk membekalkan produk dan perkhidmatan yang diminta oleh anda

CARA KAMI MENGGUNAKAN DATA ANDA

Kami mungkin menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang diperlukan untuk membekalkan produk dan perkhidmatan kami kepada anda, termasuk untuk:
a. Mendaftar dan mengekalkan akaun pengguna anda dan untuk mengesahkan identiti atau umur anda;
b. Mendaftar dan mengekalkan Program Affiliate akaun, Influencer Komuniti Program akaun anda atau lain lain akaun yang berkaitan dengan program yang dianjurkan oleh INSPIRASIHANA.
c. Memproses pemesanan anda untuk produk atau perkhidmatan kami, memproses atau mengumpul bayaran anda untuk pemesanan tersebut.
d. Menghantar atau memberi produk atau perkhidmatan yang dibeli anda, termasuk bagi syarikat kurier kami menelefon atau menghantar mesej kepada anda untuk mendapatkan arahan penghantaran anda.
e. Mengesahkan dan melaksanakan transaksi pembayaran ( Ini termasuk pembayaran kad kredit, pindahan melalui bank transaksi, hantaran wang atau transaksi e – wallet) berkaitan dengan pembayaran yang dilakukan anda/atau servis yang anda gunakan. Untuk mengesahkan dan melaksanakan pembayaran yang berkaitan, informasi pembayaran, dimana mungkin termasuk Data Peribadi, akan dipindahkan kepada pihak ketiga yang berkenaan seperti servis pembayaran yang berkenaan.
f. Memudahkan penggunaan anda berkenaan servis pembayaran
g. Memproses pemulangan atau pembayaran balik selaras dengan Terma Perkhidmatan kami.
h. Memproses pertanyaan anda dan menyelesaikan aduan anda seleras dengan notis pelanggaran harta intelek.
i. Membekalkan anda dengan perkhidmatan dan fungsi-fungsi sokongan berkenaan dengan aktiviti Laman web atau applikasi , dengan/atau akaun pengguna anda, seperti barang yang telah disimpan dalam troli, senarai hajat, jenama atau notifikasi-notifikasi produk;
j. Mentadbir Program kesetiaan atau Program penebusan mata.
k. Mentadbir mana mana pertandingan dan komunikasi dengan anda berhubungan dengan perkara berkaitan seperti terma dan syarat pertandingan komunikasi, keperluan tambahan yang lain dan pengumuman pemenang.
l. Berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan (i) soalan-soalan anda, permintaan dan maklum balas, (ii) perubahan material di dalam Terma dan syarat Polisi , Dasar atau terma-terma dan syarat-syarat lain dalam Laman Web atau Aplikasi kami, dan (iii) perkara berkaitan dengan operasi akaun anda dan (iv) sebarang komunikasi material dari INSPIRASIHANA kepada anda, termasuk pengumuman umum atau kenyataan awam.
m. Memperibadikan dan menambah baik pengalaman pelanggan anda semasa anda melawat platform, contohnya dengan memberi keutamaan kepada produk dan perkhidmatan yang dipaparkan dalam hasil carian atau suapan berita
n. Memantau dan menguatkuasa pematuhan dengan Terma dan Syarat , termasuk penyelesaian pertikaian;
o. Mematuhi (i) kawalan risiko dalaman, (ii) terma akses kami kepada pemprosesan pembayaran, perkhidmatan kewangan atau perbankan seperti pertikaian kad kredit, penipuan, kesilapan pengebilan, atau (iii) mana-mana undang-undang yang terpakai; dan;
p. Memastikan platform kami berfungsi dengan baik dan menambah baik prestasi, dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti debugging, analisis-analisis statistik, untuk mengoptimumkan platform kami
(secara kolektif, “Tujuan-tujuan” tersebut)
Di samping itu, kami mungkin menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:
a. Menghantar komunikasi-komunikasi pemasaran berkenaan dengan jualan, produk, perkhidmatan, promosi atau Platform kami, termasuk memaklumkan acara pemasaran, initiatif dan promosi, pertandingan , cabutan bertuah, Program kesetiaan atau program penebusan point atau lain lain promosi
b. Menghantar kepada anda komunikasi-komunikasi pemasaran berkenaan dengan jualan, produk, perkhidmatan atau promosi rakan-rakan perniagaan, termasuk surat promosi bersama dengan pemesanan anda
c. Menghantar iklan-iklan yang berkenaan dengan produk dan perkhidmatan kami yang mungkin anda minat dalam Platform atau laman web, aplikasi atau platform atas talian lain;
d. Membolehkan perniagaan-perniagaan menghantar iklan-iklan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan mereka yang mungkin anda minat;
e. Membekalkan anda dengan perkhidmatan tambahan atau premium seperti INSPIRASIHANA NOW;
f. Menjemput anda ke acara pelanggan peribadi kami;
g. Memproses penyertaan anda dalam promosi kami,pertandingan cabutan bertuah, inisiatif atau mana-mana permintaan untuk Data Peribadi tambahan seperti soal selidik pelanggan;
h. memproses penyertaan anda dalam INSPIRASIHANA atau program kesetiaan atau penebusan markah oleh rakan-rakan perniagaan kami.
i. Menjalankan penyelidikan pasaran dan pelanggan, analisis atau pengesanan;
j. Mempromosi produk dan perkhidmatan dalam Platform kami;
k. Menguruskan operasi pentadbiran dan perniagaan INSPIRASIHANA dan mematuhi dasar-dasar dan prosedur-prosedur dalaman
l. Menambah baik pengalaman pelanggan anda melalui semua titik sentuhan dan melatih pasukan pengalaman pelanggan kami, seperti melalui rakaman dan pemantauan panggilan-panggilan telefon; dan
m. Mana-mana tujuan spesifik berkaitan dengan produk atau perkhidmatan tertentu, yang kami mungkin memaklumkan kepada anda secara berasingan dalam halaman produk atau perkhidmatan tersebut;

(secara kolektif, “Tujuan-tujuan Tambahan” tersebut)
Kami juga mungkin mengguna Data Peribadi anda (a) untuk tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan Tujuan-tujuan secara munasabah dan di mana kami telah mendapatkan dan mengekalkan kebenaran yang berkenaan Tujuan-tujuan Tambahan tersebut; atau (b) dalam keadaaan di mana penggunaan tersebut tidak memerlukan kebenaran di bawah Undang-undang Berkaitan.
Nota: Jika anda menarik balik persetujuan untuk kami menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan-tujuan atau Tujuan-tujuan Tambahan, kami mungkin tidak boleh membekalkan anda dengan produk, perkhidmatan atau manfaat berkenaan yang dikaitkan dengan promosi kami.

PERKONGSIAN MAKLUMAT TERHAD

Berkenaan dengan penggunaan Data Peribadi anda untuk Tujuan-tujuan atau Tujuan-tujuan Tambahan, kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada:
a. Gabungan entiti INSPIRASIHANA;
b. Pekerja-pekerja, perunding-perunding, pekerja-pekerja sambilan;
c. Penjual “INSPIRASIHANA Marketplace”, yang membekal dan menghantar produk atau perkhidmatan yang anda pesan melalui Laman Web atau Aplikasi;
d. Pemproses bayaran, yang memproses bayaran anda dalam Laman Web dan Aplikasi;
e. Pemproses bayaran dari pihak ketiga seperti pihak kurier yang akan menghantar pesanan anda kepada anda.
f. Pembekal-pembekal logistik, seperti perkhidmatan kurier yang akan menghantar pemesanan kepada anda;
g. Rakan-rakan perniagaan yang mengekalkan sebuah akaun dengan anda secara berasingan untuk program-program kesetiaan atau penebusan markah;
h. Rakan-rakan perniagaan atau penjual-penjual berhubungan dengan pemprosesan dan mentadbir mana-mana promosi, pertandingan , acara, servis, program-program kesetiaan atau penebusan markah yang dianjurkan oleh kami;
i. Penasihat-penasihat dan perunding-perunding profesional;
j. Ejen-ejen, kontraktor-kontraktor atau pembekal-pembekal perkhidmatan yang membekalkan perkhidmatan operasi kepada kami, seperti simpanan cloud dan pemprosesan, pengoptimuman pemasaran, teknologi maklumat, telekomunikasi, keselamatan atau perkhidmatan berkenaan lain yang memerlukan pengumpulan, penggunaan, atau pendedahan Data Peribadi; dan
k. Mana-mana pihak lain yang diberi kuasa oleh anda untuk mendedahkan Data Peribadi anda.

Kami mungkin akan berkongsi Data Peribadi anda dengan pembekal pihak ketiga ( seperti pembayaran dari service pembekal ) di dalam usaha untuk mereka menawarkan servis kepada anda selain dari yang berkenaan berdasarkan penggunaan anda di Laman Web atau Applikasi. Persetujuan anda dan kegunaan pembekal pihak ketiga hendaklah mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui dari pihak anda dan pembekal pihak ketiga. Selepas kami menerima persetujuan penawaran servis oleh pembekal pihak ketiga, pengumpulan, penggunaan, pendedahan , penyimpanan, pemindahan dan pemprosesan data ( termasuk Data Peribadi dan mana mana data yang didedahkan kepada kami seperti pembekal pihak ketiga ) haruslah mengikut Privasi Polisi yang berkenaan oleh pembekal pihak ketiga, yang menjadi pengawal data oleh data terbabit. Anda selanjutnya bersetuju dengan mana mana pertanyaan atau aduan berkenaan persetujuan atau penggunaan pembekal servis pihak ketiga haruslah ditujukan kepada pihak berkenaan seperti yang tertera di dalam Polisi Privasi pembekal pihak ketiga.
Kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda (a) untuk tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan Tujuan-tujuan secara munasabah dan di mana kami telah mendapatkan dan mengekalkan kebenaran, Tujuan-tujuan Tambahan; atau (b) dalam keadaan di mana pendedahan tersebut tidak memerlukan kebenaran di bawah Undang-undang Berkaitan.

HAL KEADAAN DATA ANDA MUNGKIN DIDEDAHKAN

Kami hanya akan mendedahkan Data Peribadi diluar dari INSPIRASIHANA jika kami mendapati pendedahan Data Peribadi ini secara munasabah menjadi keperluan seperti :
a. Menepati mana mana undang undang berkenaan, peraturan, proses undang undang atau permintaan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan.
b. Menguatkuasakan INSPIRASIHANA terma dan syarat yang berkenaan, termasuk penyiasatan yang mungkin terlibat dengan pelanggaran
c. Kesan, mencegah, penyiasatan atau dapat mengenal pasti atau mensyaki sebarang penipuan, aktiviti yang memudaratkan atau menyalahi undang-undang, keselamatan atau isu teknikal.
d. Melindungi terhadap sebarang kemudaratan kepada hak, harta atau keselamatan INSPIRASIHANA, pengguna kami, pihak ketiga atau pihak awam seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang

Kami melakukan yang terbaik untuk meminimumkan pendedahan Data Peribadi anda kepada maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan Tujuan atau Tujuan Tambahan yang berkaitan.
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN DATA PERIBADI

Kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memastikan bahawa Data Peribadi yang mungkin digunakan oleh kami atau didedahkan oleh kami kepada organisasi lain adalah tepat dan lengkap. Namun, anda hendaklah memaklumkan perkembangan tentang sebarang perubahan dalam Data Peribadi anda. Kami tidak akan bertanggungjawab di mana kami bergantung kepada Data Peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap jika anda tidak memaklumkan kami tentang perubahan tersebut.
Kami juga akan menyediakan aturan keselamatan munasabah untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda adalah dilindungi dan diselia dengan memadai. Hal ini termasuk mengambil langkah-langkah munasabah untuk mengelakkan sebarang akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, kebocoran, kehilangan, kemusnahan, atau pengubahan Data Peribadi anda tanpa kebenaran. Namun, kami tidak akan bertanggungjawab untuk mana-mana penggunaan Data Peribadi tanpa kebenaran oleh pihak ketiga yang berpunca daripada faktor-faktor di luar kawalan kami.
Apabila Data Peribadi anda dalam milikan kami (i) tidak diperlukan lagi untuk mana-mana sebab yang berkaitan dengan tujuan asal pengumpulannya atau (ii) penyimpanan oleh kami tidak lagi diperlukan untuk mana-mana tujuan undang-undang atau perniagaan lain, kami akan mengambil langkah untuk memastikan bahawa Data Peribadi tersebut telah dimusnahkan, dipadamkan secara kekal, atau tanpa nama.
Jika Data Peribadi dipindahkan ke luar Malaysia, kami akan mematuhi Undang-undang Berkaitan dalam melakukan sedemikian dan memastikan standard perlindungan yang sekurang-kurangnya setanding dengan Undang-undang Berkaitan.

PENAFIAN MENGENAI LAMAN PIHAK KETIGA DAN KESELAMATANNYA
Kami tidak menjamin keselamatan Data Peribadi dan/atau informasi yang lain yang mungkin anda serahkan kepada pihak ketiga. Sebagai sebahagian dari usaha berterusan kami untuk menyediakan nilai kepada anda, kami mungkin akan memilih pelbagai laman web pihak ketiga untuk pautan bersama, dan dalam platform dan servis kami. Persetujuan anda dan kegunaan servis pihak ketiga platform adalah di atas tanggungjawab dan risiko anda. Selepas persetujuan dari penawaran servis dari pihak ketiga, pengumpulan, penggunaan , pendedahan, penyimpanan , pemindahan dan pemprosesan data ( termasuk Data Peribadi dan mana mana data yang didedahkan dari servis pihak ketiga ) akan termaktub kepada Polisi Privasi berkenaan oleh servis pihak ketiga, dimana mereka menjadi pengawal data kepada data yang berkaitan. Oleh itu , kami tidak memegang tanggungjawab atau liabiliti untuk kandungan, pengaturan keselamatan dan aktiviti yang berkaitan dengan site berkenaan. Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan persetujuan atau penggunaan platform dari servis dari pihak ketiga dan/atau servis seharusnya ditujukan kepada pihak ketiga yang berkenaan.
UNDANG-UNDANG

Dasar ini dan penggunaan Laman Web anda ini hendaklah dikawal dari semua aspek dengan undang-undang Malaysia.

PENGEMASKINIAN DASAR PERLINDUNGAN DATA
Sebagai usaha kami untuk memastikan bahawa kami mengurus, melindungi, dan memproses Data Peribadi anda dengan sewajarnya, kami akan menyemak semula dasar-dasar, prosedur-prosedur dan proses-proses dari semasa ke semasa. Dalam hal ini, INSPIRASIHANA mungkin mengemaskini Dasar ini untuk memastikan Dasar ini konsisten dengan perkembangan industri dan sebarang perubahan dalam keperluan undang-undang atau peraturan. Kami memelihara hak budi bicara mutlak untuk meminda terma-terma Dasar ini.
Tertakluk kepada hak anda dari sisi undang-undang, anda bersetuju untuk terikat dengan terma-terma Dasar terkini seperti yang dikemaskini dari semasa ke semasa dalam Laman Web atau Applikasi kami. Mana-mana Dasar yang dipinda akan dimuatnaik dalam laman web kami dan boleh dilihat di www.INSPIRASIHANA.com.my/privacy-policy. Dengan menggunakan Platform-platform dan/atau perkhidmatan secara berterusan selepas Dasar ini dipinda, anda dengan ini bersetuju untuk terikat dengan terma-terma Dasar yang telah dipinda.
Anda digalakkan untuk melawati Laman Web atau Applikasi di atas dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa anda dimaklumkan dengan baik tentang dasar-dasar terkini kami berkenaan dengan perlindungan Data Peribadi.

Shopping Cart