Kami memohon maaf kepada anda sekiranya terdapat sebarang masalah berkait produk disebalik usaha kami memastikan kualiti di Inspirasi Hana terjamin. Sekiranya hal ini berlaku, anda boleh merujuk terma kami ini:
PEMULANGAN BARANG
- Sekiranya kesilapan produk berlaku disebabkan oleh pihak kami seperti produk rosak sebelum sampai atau salah hantar produk maka pelanggan berhak memulangkan produk dan mendapat gantian produk yang baru.
- Pelanggan perlu memastikan produk yang dipulangkan masih dalam keadaan baik dan di pulangkan bersama bungkusannya (plastik bungkusan berjenama Inspirasi Hana)
- Pemulangan perlu dibuat dalam tempoh 3 hari dari tarikh terima produk
- Produk hendaklah di pulangkan ke alamat yang berikut:
No 27, Persiaran Klebang Bistari,
Kawasan Perindustrian Bistari,
31200 Chemor, Perak - Pihak pelanggan boleh berhubung dengan Cik Aisyah bagi sebarang pemulangan 6011-63822494
REFUND ATAU PEMBAYARAN SEMULA DUIT
- Sekiranya produk yang ditempah diweb ini tiada maka tempahan akan dikira batal. Pihak kami akan menghubungi pihak tuan/puan untuk memaklumkan perkara berikut. Pihak tuan/puan boleh memilih produk yang lain atau boleh meminta untuk pemulangan duit semula ke akaun tuan/puan.